“Jika
sudah diketahui mustahilnya
Dan hampir segala usaha
telah dilakukan terhadapnya
tiada hasil, maka
berhentilah berharap”
Dan hampir segala usaha
telah dilakukan terhadapnya
tiada hasil, maka
berhentilah berharap”
Pernakah anda menaruh
harapan pada sesuatu atau pada seseorang dengan sedalamnya namun akhirnya tidak
tahu apakah erti harapan anda itu? Rasa tidak sabar , cemas, curiga, sayang,
ingin, benci bercampur baur sehinggakan kita sukar untuk membezakan apakah
sebenarnya ‘berharap’.
Ada orang pernah berkata, jika berharap janganlah
setinggi langit jika kita tahu kemampuan kita hanyalah serendah gunung . Namun
ada juga yang memberitahu, biar berharap setinggi gunung kerana siapa tahu
kelak kita mampu mencapai langit .
Harapan yang berlandaskan kebenaran dan kesungguhan bagi
sesetengah orang adalah sesuatu yang indah. Mengharapkan kebaikan. Mengharapkan
perubahan. Mengharapkan kecermalan . Semua itu mendorong kepada keazaman dan
usaha untuk mencapainya .
Tetapi apabila usaha yang diberikan telah melebihi 100%
dan harapan yang didukung akhirnya hanya tinggal harapan , timbul pula rasa kekecewaan
yang amat sanagt. Sehingga akhirnya kita mempersoalkan semula untuk apa kita
berharap?
Sukar untuk menyatakan cukup kepada sesuatu yang kita
lakukan lebih lebih lagi jika kita begitu mengharapkannya. Kita berharap dapat
memperbaiki hubungan yang telah retak . Kita melakukan hampir apa sahaja untuk
mempertahankannnya . Realiti dan logik kita tolak ketepi kerana kita masih
berharap kita dapat mengubahnya .
Kita berharap seseorang yang kita kenali berubah.
Tinggalkan perkara tidak baik. Kembali kepada diri kita sendiri dan keluarga .
Kembali kepada agama. Kita usaha. Kita lakukan semuanya. Kita marah. Kita
benci. Kita meninggi suara . Kita dendam. Tetapi penghujungnya , kita masih
juga berharap kerana dihati kita masih ada perasaan sayang dan harapanlah satu
satunya peluang untuk kita terus menyayangi .
Kita
juga suka meletakkan harapan tinggi kepada sesuatu yang telah diketahui
mustahil. Kita sandarkan harapan kepada perkara yang tidak pasti kerana kita
benar benar menginginkannya . Lebih sukar sesuatu itu , maka lebih berharaplah
kita . Dan inilah yang bakal membuatkan kita benar benar kecewa .
Terkonkong
dengan pengharapan yang tidak pasti dan tiada noktahnya hanya akan membuat kita
semakin terluka dan memudaratkan keputusan serta logik akal kita .
Sehinggakan
kita terdorong melakukan kesalahan , melakukan kemungkaran , melakukan
keburukan , maka ia bukanlah suatu pengharapan yang baik.
Katakan
cukup sekiranya kita tahu dan yakin ia telah mencukupi . Mungkin ada hikmahnya
berlaku perkara itu dan sebalik berharap yang tidak pasti, adalah lebih baik
memikirkan apa yang dapat dilakukan .
Namun
jika kekusutan , kekecewaan dan kekeliruan yang kita dapat daripada pengharapan
yang telah lama kita pegang , maka berilah noktah kepadanaya. Masanya sudah
tiba untuk anda melupakan dan beralihlah kepada perkara lain . Kehidupan ada
pasang surut dan pengharapan juga perlu ada mula dan penamat.
Nukilan
Saudari,
Ani Nadila Yuof
dipetik dari majalah Fokus SPM Mac 2011
Ani Nadila Yuof
dipetik dari majalah Fokus SPM Mac 2011








