PRS : BANTU DIRI DAHULU SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

SMK DANG ANUM


DARI TINTA BIBIR SANG PEMERINTAH





Pn.Hjh Masnah Md Noor
Pengetua SMK Dang Anum






Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,


   Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anggota pembina blog unit bimbingan dan kaunseling.Berkat usaha, kesungguhan dan kerja keras guru penasihat serta pelajar akhirnya blogspot ini dapat di bina untuk tatapan semua.
   Sedia maklum bahawa unit bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting bagi perkambangan seseorang pelajar, blogspot ini di bina bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan unit kaunseling SMKDA seiring dengan peredaran zaman ICT masa kini.
   Blog yang bertemakan ' 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling '  ini dapat melahirkan pelajar yang celik IT sekaligus dapat menambah pengetahuan yang sedia ada seterusnya membantu pelajar kami mengembangkan bakat dengan lebih menyeluruh .
   Semoga blog yang di bina ini dapat di jadikan sebagai indikator dan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mengatasi masalah yang sedia ada .




Sekian,


Wassalam


http://www.smkdanganum.my


SEJARAH SEKOLAH

Nama Dang Anum begitu sinonim dengan masyarakat daerah Jasin masa kini sebagai sebuah insititusi pendidikan yang cukup dominan. Sebagai sebuah sekolah terawal penubuhannya, pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi, bagi mencapai visi dan misi sehinggalah berjaya menempa nama antara sekolah yang disegani di daerah ini.
Pada awal tahun 1960-an, keperluan pendidikan peringkat menengah amat mendesak di kawasan Jasin Pantai iaitu kawasan Pekan Merlimau dan kawasan sekitarnya. Atas desakan penduduk setempat akhirnya pada tahun 1963 wujudlah sekolah menengah pertama di Merlimau. Pada tahun 1967, merupakan julung-julung kalinya pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan LCE dengan jumlah calonnya hanya 44 orang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran pada 8 hb Oktober 1965. Sekolah ini telah memulakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemudian, kelas-kelas dalam pengantar Bahasa Melayu telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato` Abdul Rahman Yaacob pada tahun 1968.
Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah XXX atau Sekolah Menengah Lanjutan. Nama ini tidak kekal lama apabila tidak lama kemudian namanya ditukar kepada Sekolah Inggeris. Seterusnya sekolah ini diberi nama Sekolah Dang Anum .Nama ini diambil sempena nama Lagenda Srikandi Dang Anum, anak kepada Sang RajunaTapa, ( Bendahara Temasik) yang berani mempertahankan hak dan kebenaran..Dang Anum merupakan anak Sang Rajuna Tapa yang telah dibelah perutnya semasa sedang mengandung kerana telah memakan seulas nangka dari buah sulung kepunyaan Sultan tanpa kebenaran. Lagenda inilah yang memberi inspirasi pentadbiran sekolah ketika itu sehingga terpahatny nama SMK Dang Anum.Lagu rasmi SMK Dang Anum serta lencana sekolah adalah hasil ciptaan guru sekolah ini. Lagu dan senikatanya dicipta oleh seorang guru encik Roslan Dol yang berentak `march` manakala lencana sekolah pula hasil ciptaan Mr. John. Ang. Warna hijau sebagai symbol srikandi bangsawan Melayu dan lambang kesegaran dan ketenangan. Warna kuning sebagai symbol srikandi bansawan Melayu dan lambanga kebanggaan. Warna biru pula lambing kejujuran manakala warna merah memberi erti kegigihan pelajar. Simbol harimau dan obor serta bintang dan perisai bermaksud pelajar SMK Dang Anum sentiasa tabah mencipta kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Mulai tahun 1983 Program Kelasa Rancangan Khas mula dilaksanakan manakala Program Kelas Kawalan dimulakan pada tahun 2003.
Pada tanggal 3 Mac 1970, telah dilangsungkan perasmian penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini pada tahun 1973 hingga 1976. Kemudian , teraju kepimpinan PIBG bertukar ganti kepada Tuan Haji Othman bin Abdullah pada tahun 1977 hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1988, YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini buat kali kedua. Selepas itu, pada tahun 1989 hingga 2004, Datuk Haj Abu bin Pit ( kini bergelar YB) pula meneruskan taraju kepimpinan ini. Kini, PIBG SMK Dang Anum telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Hj. Ithnin.
Pancaragam Pengakap Sekolah adalah antara persatuan yang popular suatu masa dulu yang telah dibentuk pada awal tahun 1973 dan dirasmikan oleh Dato` Said Hashim bin Haji Abdul, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia pada 18 Ogos 1973. Surau baru Sekolah Menengah Dang Anum telah dimulakan pembinaannya pada 18 April 2001 bagi menggantikan surau lama sejaka tahun1981. YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka telah merasmikan surau baru ini pada 17hb Mei 2002. Pada tahun 2002 juga sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan menerima Projek Payung bagi membina makmal komputer bernilai RM 500 ribu. Walaupun projek ini telah tergendala selama hampir setahun, namun kini makmal komputer tersebut telahpun siap dibina dan telah mula digunakan sepenuhnya mulai tahun 2005.
Sejarah SMK Dang Anum terus menempa arus kemajuann negara. Pada 21 Jun 1991, sekolah ini merayakan sambutan Jubli Perak setelah menempuh 25 tahun usia penubuhannya. Upacara perasmian penuh warna-warni telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu YAB Encik Ghafar Baba di samping merasmikan bangunan baru (Blok F) . Cabaran demi cabaran telah dilalui dengan tabah. Hari ini. Setelah ditadbir oleh tujuh orang pengetua, SMK Dang Anum masih tetap srikandi. Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 ( Naib Johan Kedua Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) dan pelbagai kejayaan serta anugerah yang diperolehi telah mematangkan seluruh warga SMK Dang Anum. Pada tahun 2004 sekolah ini masih menjadi pilihan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan ( Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ) serta Naib Johan Anugerah Asrama Seri Gemilang Peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2005 SMK Dang Anum dan juga Asrama Puteri SMK Dang Anum telah berjaya menjadi juara berganda dalam Pertandingan Sekolah Patriotik Peringkat Negeri Melaka sempena sambutan bulan kemerdekaan .Pada tahun 2006 SMK Dang Anum sekali lagi telah dipilih mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.


LAGU SEKOLAH

Dang Anum 
Nama Puteri Melayu
Jadi Lambang Sejati
Semangat Berkobar
Menuntut Ilmu
Itu Sumpahan Kami

Belajar
Teruslah Kita Belajar
Sampai Ke Medan Jaya
Rajin Dan Usaha 
Tekun Dan Sabar
Tercapai Cita - cita

Dang Anum
Dang Anum
Kemegahan Kami
Nama Baiknya Dijagai


VISI  :
  • SMK Dang Anum terus mengekalkan kegemilangan di peringkat kebangsaan.
MISI :
  • Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berakhlak mulia.
  • Meningkatkan budaya ilmu dan menanamkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dalam meningkatkan martabat insan.
  • Meningkatkan kesedaran tentang pengisian masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Menanam semangat bekerja tinggi di kalangan warga sekolah.
  • Mewujudkan hubungan erat di kalangan warga sekolah - pelajar, guru, staf sokongan dan pentadbir dengan ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kegemilangan.
  • Memantapkan budaya kebesihan, keceriaan, kekemasan, keselamatan, kesihatan dan bermaklumat ( 5K , 1 B ).
  • Memberi bimbingan dan perhatian kepada semua pelajar supaya proses pendidikan berjalan secara adil dan berkesan.
  • Meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SMK Dang Anum sebagai satu cara hidup yang syumul.







 

Secangkir Kopi Berkongsi Cerita Copyright © 2011