AKU ingin mengutus surat kepadamu . Menulis apa yang aku
rasakan . Tentang kita . Tentang persahabatan kita . Tentang kau dan aku .
‘’Untuk apa lagi kau mengutus surat ?
Bukankah kau sedah tahu bahawa dia tidak mahu mendengar kata katamu . Apakah
kau fikir dia akan membaca suratmu ?’’
‘’ Dia akan membacanya . Kerana dia
mempunyai hati yang lembut . Dia akan membukanya dan membacanya dengan hati .
Dia akan membaca apa yang aku tuliskan ‘’
‘’ Sudahlah jangan berharap . Kau
mengharapkan yang sia sia sedangkan kau tahu jawapannya . Kau hanya menyiksa
hatimu sendiri dengan pengharapan ‘’
Misteri bukan . Setiap kali kita
bercakap mengenai orang yang kita sayang , perasaan kita bercampur baur . Kita
senyum . Kita marah . Kita sabar . Kita beremosi . Kita menaruh harapan
sedangkan kita tahu harapan kita itu sia sia . Kita mengharapkan secebis
kebaikan daripadanya . Kemudian menempatkan diri sendiri dalam keadaan rawan .
Manusia terlalu mudah manaruh sayang
pada dunia . Apabila terlalu menyayanginya dan kemudian perasaan itu hilang .
Manusia jugalah yang paling mudah rebah dan terkesima . Lupa bahawa dunia itu
adalah ujian .
‘’ Aku cuma ingin menulis yang ringkas . Aku hanya ingin
menjelaskan keadaanku ‘’
‘’Adakah dia tidah faham keadaanmu ? Tidakkah kau pernah
menjelaskan kepada dia ?’’
‘’ Ya , aku pernah menjelaskan kepada dia . Aku telah
memberitahunya . Berkali kali .’’
‘’ Lalu , untuk apa lagi kau perlu mengutus surat kepadanya
? ’’
‘’ Mungkin dengan suratku
itu nanti hatinya akan berubah . Mungkin apabila mendengar kata kataku
dia akan berpihak kepadaku ‘’
‘’Kau sudah menjelaskan kepadanya . Kau sudah memberitahunya
. Kau sudah menegakkan kedudukanmu . Adakah dia sahabatmu jika dia dia tidak
mahu mendengar katamu , pemberitahuanmu dan kedudukanmu? ’’
‘’ Ya ! dia sahabatku . Sahabat paling rapat denganku . Dia
mendengar apa yang aku katakan . ‘’
‘’Jika dia mendengar kenapa kau masih memberitahu ? ‘’
Jika kita sudah berusaha menjelaskan
. Memberitahu . Menyampaikan . Maka kita perlu memberi sedikit masa untuk orang
lain menerima apa yang telah kita sampaikan .
‘’Aku ingin memberitahu
kejujuranku’’
‘’Jika kau jujur , kau tidak perlu
memberitahu . Bukankah dia sahabatmu . Seharusnya dia sudah mengenali
kejujuranmu . Kecuali kau pernah menyakiti dia ‘’
‘’Tidak . Aku tidak pernah
menyakitinya . Jika ada sekalipun aku tidak pernah terniat untuk berbuat begitu
‘’
‘’Nah .
Kau sudah ada jawapannya , Ada masanya kau perlu memberi peluang kepada
sahabatmu untuk membuat pertimbangannya sendiri . Bukan pertimbangan yang kau
aturkan untuk dia ikuti .’’
‘’Tapi aku takut nasib aku tak
terbela ‘’
‘’Kadangkala kau kena yakin dan
percaya . Kejuuran akan datang kepada mereka yang benar . Kejujuran tidak perlu
diucapkan . Diluahkan . Disampaikan . Kejujuran itu sendiri adalah kebenaran .
Yang benar tetap benar dan yang salah kekal salah .’’
‘’Tetapi ia hanya sepucuk surat
....’’
‘’Kalau ia hanya sepucuk surat bagimu
, kenapa kau begitu memikrkannya ? Sudahlah . Berhentilah berfikir dan berangan
– angan yang bukan bukan . Jangan mengadaikan hari esok yang masih di alam
ghaibnya . Kau masih berada di hari ini bukan . Jalani sewajarnya meskipun
tanpa sahabatmu’’
‘’Tetapi aku terlalu ingin dia
mendengar suara hatiku . Aku ingin dia tahu bahawa aku masih menjadi sahabatnya
‘’
‘’Semua telah kau lakukan . Semua
telah kau usahakan . Kenapa kau perlu lagi mengeruhkan keadaan? Biarkan sahaja
dahulu . Kesabaran adalah sebahagian daripada keimanan . Keimanan adalah sebuah
tuntutan . Yakinlah bahawa tuhan itu satu!’’
‘’Jika kau tidak membenarkan aku
mengirimkan sepucuk surat , biarlah aku mengetuk pintunya ‘’
‘’Untuk apa jika dia tidak
membalasnya ? Bukankah kau akan lebih kecewa? Setiap sesuatu perkara mempunyai
limitnya . Lepaskanlah kiranya kita
ketahui limitnya sudah sampai . Ada masanya diam adalah lebih baik daripada
berkata kata. Kadangkala diam itu lebih baik daripada kau merusuhkan jiwamu
membabi buta . Dia tahu kau adalah sahabatnya . Berikan dia masa’’
Sungguh unik hati manusia . Seruntun
apa pun , namun masih utuh kerana memegang kepada kenangan dan kegembiraan yang
pernah dilalui bersama . Itu lebih penting dari segalanya .
‘’Sudah tiba masanya aku melepaskan
dia pergi . Jalani kehidupan ini sendirian tanpanya . Aku adalah sahabatnya .
Aku tidak perlu khuatir karana aku akan sentiasa disitu disaat dia memerlukan .
Yakinlah apa yang dilakukan adalah
untuk kebaikan . Yakinlah dalam setiap kesulitan pasti datang kemudahan. Surat
itu masih disitu .








