Satu hal yang membuat kita berasa selalu
kekurangan adalah cinta ,
Satu hal yang tidak pernah mencukupi yang kita
berikan adalah cinta ,
Apakah yang akan terjadi apabila cinta hilang dari hati klita ??
Manusia yang tidak mempunyai perasaan cinta pada hakikatnya telah kehilangan sifat semulajadi kemanusiaan . Mereka boleh diibaratkan bukan manusia lagi . Jadi di kesempatan ini kita akan cuba melihat diri masing masing apakah kita sendiri memiliki cinta ? Ini penting kerana dari sinilah segala sesuatu bermula .
Leo Tolstoy pernah berkata ''Everybody thinks of changing the world , but nobody think to change themself .
:setiap orang berfikir untuk mengubah dunia , tetapi tiada yang berfikir untuk mengubah dirinya sendiri .
Dari manakah Kita Mengetahui Kita sudah Memiliki Cinta ?
Tentu kita harus memulakannya dengan memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta telah banyak disalah ertikan oleh kebanyakan orang .
Salah Faham tentang Cinta .
1.Cinta sering dipadankan dengan lagu lagu cinta , drama dan filem tentang cinta .
Ini disebabkan kita sering mengatakan kepada anak anaknya supaya jangan bercinta dulu . Ini merupakan kesalahan yang biasa dilakuikan . Justeru itu semasa anak masih kecil , kita harus mengajar mereka apa erti cinta .
Maksud cinta yang mereka selalu katakan ialah cinta berahi atau cinta erotis . Padahal ini hanya salah satu bentuk cinta iaitu cinta yang lebih universal dan fundamental adalah mencintai sesama manusia .
2.Kita sering mengatakan bahawa inti agama adalah beribadah dalam pengertian yang sempit iaitu solat , puasa dan masjid . Saya besungguh sungguh mengatakan bahawa ini semua adalah salah . Inti agama adalah cinta . Bukankah dalam agama apa pun sentiasa dikatakan ''Belum beriman seseorang sebelum mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ''
3.Kalau kita berbicara mengenai cinta , sering kali yang kita maksudkan adalah DICINTAI dan bukan MENCINTAI
Maksudnya ?
Pertanyaan yang sering kita ajukan kepada diri kita sendiri adalah ''Bagaimanakah caranya agar kita boleh dicintai '' dan bukan 'bagaimana caranya untuk saling mencintai'
Mencintai itu adalah penyebab , sementara dicintai itu pula adalah akibat . Jadi kalimatnya berbunyi begini:
''SAYA DICINTAI KERANA SAYA MENCINTAI''
Kita harus mencintai orang lain dahulu walau apa pun keadaannya dan kemudian akan dicintai semula . DICINTAI semula hanyalah logiknya ...
bersambung ....








