PRS : BANTU DIRI DAHULU SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

Tuesday, October 18, 2011

OH EXAM

publish at 4:52 AM
Assalammualaikum , 

Pasti yang menghadap komputer sekarang tidak membaca buku kan ? Itu sudah tentu , kerana itulah anda membaca entry kali ini yang bertajuk .OH EXAM.

Diatas tanah yang menyimpan seratus lima puluh juta bukti sejarah Melaka dan juga sejarah dunia kami dengan penuh rasa semangat ingin mengucapkan selamat berjaga hingga tengah malam bagi pelajar Tingkatan 1 , 2 dan juga pelajar pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Melaka di bawah lembayung kata ‘Melaka Maju’ . Di minggu perperiksaan begini , pasti ada sahaja yang mengadu . Sakit pingganglah . Migran tahap petala ke sepuluh lah . Soalan membunuhlah . Idea merajuk , tak nak keluarlah dan sebagainya . 

Memanglah , minggu peperiksaan yang panjang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita . Tetapi bagi yang belajar awal minute , bebannya tak kan sebanyak yang dirasakan oleh pelajar yang suka bercinta dengan buku waktu jam jam terakhir sebelum ‘exam’ . Makanya , ambillah satu pengajaran disini iaitu : belajar awal minit
 
Hyphotesisnya : semakin awal kita belajar maka semakin kuranglah bebanan yang dirasa

Kepada pelajar tingkatan 1 & 2 :

*perjalanan anda  dah tak jauh mana . pejam celik , pejam celik dah nak ambil PMR . dan jawapan yang selalu mengambil tempah ialah “alah” , menyampah dan lain lain yang seerti dengannya .
Tetapi bersyukurlah kerana anda masih ada kesempatan untuk celik . Cuba bayangkan kalau anda pejam tak celik celik ????? ....... Jeng ..... Jeng .... Jeng .. 

Kepada pelajar tingkatan 4 :

*perjalanan anda dah tinggal sepelaung je . Sabar ye . Kami tahu anda semua ‘exited’ nak habis sekolah . Tapi janganlah exited sangat sebab ada kawan kawan anda yang masih nak pakai seragam sekolah . Masih ada diantara mereka yang nak duit dari mak dan ayah . Masih ada lagi yang nak rasa kena marah dengan cikgu dan ada juga yang masih ingin merasakan menjadi kanak kanak bawah umur . Bila jejak je kaki kita dekat dewan peperiksaan tahun depan baru tahu rasanya macam mana . Waktu tu  lah kita berharap agar kita adalah ‘vampire’ yang kekal muda berumur 17 tahun . Kan ???
Apa apa pun , hidup mesti diteruskan . Esei sejarah yang membunuh tu kita alihkan kejap ke tepi 
[ bukan BUANG . alihkan je ] . Kita selami diri kita , fikir masa depan kita , tahu apa yang kita fikir dan tahu cara untuk mencapai apa yang kita fikirkan tetapi ingat masih ada batasan dalam berfikir 

[ Topik agama : bahagian Adab ] .






 

Secangkir Kopi Berkongsi Cerita Copyright © 2011