PRS : BANTU DIRI DAHULU SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

Sunday, October 9, 2011

Mutiara Kata

publish at 5:36 AM
" Racun yang paling bisa ialah sifat MALAS " - Imam Al-Ghazali

" Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang, tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuh semasa mendaki kejayaan "

" Dampingilah orang yang berjaya sekiranya anda inginkan kejayaan "

" Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir "

" Lebih besar kesulitan yang kita alami, lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai "

" Pelajar yang berjaya ialah seorang pelajar yang berkemampuan untuk membuka fikiran dan cara berfikir "

" Kepuasan sejati bukan kerana sembuh daripada penyakit, memiliki yang banyak atau menerima puji-pujian, tetapi apabila telah melakukan sesuatu yang berguna "

" Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri "

semoga anda dapat menambah pengetahuan dan meluaskan lagi ilmu di dada. Anda juga boleh selitkan mutiara kata di atas dalam penulisan anda. Pasti karangan anda A+ ! :)




 

Secangkir Kopi Berkongsi Cerita Copyright © 2011