SEJARAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK DANG ANUM
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Dang
Anum ditubuhkan pada tahun 1996 berdasarkan arahan dari surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 3/1996 Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa di Sekolah Menengah selari dengan dasar kerajaan pada masa itu.
Pada ketika itu, Unit Bimbingan dan
Kaunseling sekolah telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang telah mengikuti
Kursus 14 Minggu dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Seterusnya pada tahun-tahun berikutnya:
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh masa dilantik untuk berada di SMK Dang
Anum.
Tahun
2000 hingga kini - Pn Norfiza Bt Ab
Lajis (UPM)
Tahun
2002 hingga kini - En Azizan B Jaafar
(UPM)
Tahun
2003 hingga kini - Pn Umi Kelsom Bt
Dolmat (UKM)
Dengan adanya guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sepenuh masa di SMK Dang Anum, perkhidmatan UB&K semakin
bertambah efisien dan cemerlang.






