Mengenali sidia telah mengetuk pintu hati remajaku .
Perasaan ini datang apabila dia yang merupakan kawan baik abangku datang ke
rumah kami . Aku tidak mempunyai ‘boyfriend’ kerana menganggap ia sesuatu yang
menyusahkan . Tapi , rakan rakanku menggelarkan aku sebagai kuno. Mereka kata
zaman sekarang , semua orang sudah berpasangan . Rakan rakanku semua sudah
‘bercouple’ .
Aku berasa tercabar sekali apabila mereka kata yang
perangaiku tidak matang disebabkan masih tiada pasanagn . Aku seronok sekali
apabila dapat bertemu si dia . Aku memberi gelaran ‘Q’ kepadanya . Apabila dia
datang ke rumah dia pasti akan tersenyum serta mengenyitkan matanya kepadaku .
Aku tersenyum tersipu sipu malu . Hubungan kami menjadi lebih erat apabila ‘Q’
menjemput aku menjadi rakan di laman facebook nya .
Kami berbual menerusi FB dari malam sehingga pagi , lalu
kami pun bertukar tukar nombor telefon . Aku selalu menelefon ‘Q’ sehingga
habis prabayar telefon . Pada suatu hari ‘Q’ meminta aku menjadi pasangannya .
Aku dengan hati yang gembira menerimanya . Daripada membahasakan diri kami
‘saya awak’ bertukar kepada ‘sayang ayang’ .
Tapi apakan daya , hubungan kami hanya bertahan sebulan .
Pada suatu hari , aku mengikuti abang ke bandar untuk membeli barang keperluan
asrama . Tiba tiba aku ternampak kelibat ‘Q’ dengan seorang perempuan cantik
berpegangan tangan . Aku sangat terkejut dan tergamam .
Abang memberitahuku yang ‘Q’ merupakan seorang kaki
perempuan . Dia sering bertukar tukar pasangan . Di sekolah prestari
pembelajaran ku sudah mula merosot . Menitis air mataku kerana seorang lelaki .
Tiba tiba aku teringat akan kata kata manisnya selama ini . Aku bertekad , aku
ingin memutuskan hubungan dengannya dan aku tak mahu lagi bercinta pada usia
muda ini . Aku memegang kepada prinsip yang berbunyi
‘’couple is trouble , single is simple’’








