PRS : BANTU DIRI DAHULU SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

Tuesday, October 4, 2011

Geologi

publish at 2:34 AM
Bagaimana ?

*SPM (Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan mata pelajaran Sains Tulen)
*Matrikulasi / STPM
*Ijazah Asas
*Ijazah Sarjana (Masters)

Ciri ciri Peribadi 

*Sanggup bekerja tanpa mengira waktu
*Sanggup bekerja di luar pejabat
*Mempunyai minat yang mendalam dalam melakukan kerja kerja penyelidikan

Di mana ?

[a] dalam negara 
     *UKM
     *UM
     *UMS

[b] luar negara 
     *Amerika Syarikat
     *Kanada
     *United Kingdom
     *New Zealand
     *Australia
     *Jepun

Kerjaya 

* Ahli Geologi
* Membuka syarikat perunding
* Pensyarah

Monday, October 3, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA

publish at 7:31 PM

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012 Semenanjung Malaysia

Permohonan MRSM
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2011 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2011 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2012. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2012 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 dan 2011 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
  4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;



sumber  : ePutra

Cinta Monyet

publish at 1:41 AM

Mengenali sidia telah mengetuk pintu hati remajaku . Perasaan ini datang apabila dia yang merupakan kawan baik abangku datang ke rumah kami . Aku tidak mempunyai ‘boyfriend’ kerana menganggap ia sesuatu yang menyusahkan . Tapi , rakan rakanku menggelarkan aku sebagai kuno. Mereka kata zaman sekarang , semua orang sudah berpasangan . Rakan rakanku semua sudah ‘bercouple’ .
Aku berasa tercabar sekali apabila mereka kata yang perangaiku tidak matang disebabkan masih tiada pasanagn . Aku seronok sekali apabila dapat bertemu si dia . Aku memberi gelaran ‘Q’ kepadanya . Apabila dia datang ke rumah dia pasti akan tersenyum serta mengenyitkan matanya kepadaku . Aku tersenyum tersipu sipu malu . Hubungan kami menjadi lebih erat apabila ‘Q’ menjemput aku menjadi rakan di laman facebook nya .
Kami berbual menerusi FB dari malam sehingga pagi , lalu kami pun bertukar tukar nombor telefon . Aku selalu menelefon ‘Q’ sehingga habis prabayar telefon . Pada suatu hari ‘Q’ meminta aku menjadi pasangannya . Aku dengan hati yang gembira menerimanya . Daripada membahasakan diri kami ‘saya awak’ bertukar kepada ‘sayang ayang’ .
Tapi apakan daya , hubungan kami hanya bertahan sebulan . Pada suatu hari , aku mengikuti abang ke bandar untuk membeli barang keperluan asrama . Tiba tiba aku ternampak kelibat ‘Q’ dengan seorang perempuan cantik berpegangan tangan . Aku sangat terkejut dan tergamam .
Abang memberitahuku yang ‘Q’ merupakan seorang kaki perempuan . Dia sering bertukar tukar pasangan . Di sekolah prestari pembelajaran ku sudah mula merosot . Menitis air mataku kerana seorang lelaki . Tiba tiba aku teringat akan kata kata manisnya selama ini . Aku bertekad , aku ingin memutuskan hubungan dengannya dan aku tak mahu lagi bercinta pada usia muda ini . Aku memegang kepada prinsip yang berbunyi
‘’couple is trouble , single is simple’’


Surat Untukmu

publish at 1:38 AM

AKU ingin mengutus surat kepadamu . Menulis apa yang aku rasakan . Tentang kita . Tentang persahabatan kita . Tentang kau dan aku .

’Untuk apa lagi kau mengutus surat ? Bukankah kau sedah tahu bahawa dia tidak mahu mendengar kata katamu . Apakah kau fikir dia akan membaca suratmu ?’’

‘’ Dia akan membacanya . Kerana dia mempunyai hati yang lembut . Dia akan membukanya dan membacanya dengan hati . Dia akan membaca apa yang aku tuliskan ‘’

’ Sudahlah jangan berharap . Kau mengharapkan yang sia sia sedangkan kau tahu jawapannya . Kau hanya menyiksa hatimu sendiri dengan pengharapan ‘’

Misteri bukan . Setiap kali kita bercakap mengenai orang yang kita sayang , perasaan kita bercampur baur . Kita senyum . Kita marah . Kita sabar . Kita beremosi . Kita menaruh harapan sedangkan kita tahu harapan kita itu sia sia . Kita mengharapkan secebis kebaikan daripadanya . Kemudian menempatkan diri sendiri dalam keadaan rawan .
Manusia terlalu mudah manaruh sayang pada dunia . Apabila terlalu menyayanginya dan kemudian perasaan itu hilang . Manusia jugalah yang paling mudah rebah dan terkesima . Lupa bahawa dunia itu adalah ujian .

‘’ Aku cuma ingin menulis yang ringkas . Aku hanya ingin menjelaskan keadaanku ‘’

‘’Adakah dia tidah faham keadaanmu ? Tidakkah kau pernah menjelaskan kepada dia ?’’

‘’ Ya , aku pernah menjelaskan kepada dia . Aku telah memberitahunya . Berkali kali .’’

‘’ Lalu , untuk apa lagi kau perlu mengutus surat kepadanya ? ’’

‘’ Mungkin dengan suratku  itu nanti hatinya akan berubah . Mungkin apabila mendengar kata kataku dia akan berpihak kepadaku ‘’

‘’Kau sudah menjelaskan kepadanya . Kau sudah memberitahunya . Kau sudah menegakkan kedudukanmu . Adakah dia sahabatmu jika dia dia tidak mahu mendengar katamu , pemberitahuanmu dan kedudukanmu? ’’

‘’ Ya ! dia sahabatku . Sahabat paling rapat denganku . Dia mendengar apa yang aku katakan . ‘’

‘’Jika dia mendengar kenapa kau masih memberitahu ? ‘’

Jika kita sudah berusaha menjelaskan . Memberitahu . Menyampaikan . Maka kita perlu memberi sedikit masa untuk orang lain menerima apa yang telah kita sampaikan .

‘’Aku ingin memberitahu kejujuranku’’

‘’Jika kau jujur , kau tidak perlu memberitahu . Bukankah dia sahabatmu . Seharusnya dia sudah mengenali kejujuranmu . Kecuali kau pernah menyakiti dia ‘’

‘’Tidak . Aku tidak pernah menyakitinya . Jika ada sekalipun aku tidak pernah terniat untuk berbuat begitu ‘’

’Nah . Kau sudah ada jawapannya , Ada masanya kau perlu memberi peluang kepada sahabatmu untuk membuat pertimbangannya sendiri . Bukan pertimbangan yang kau aturkan untuk dia ikuti .’’

‘’Tapi aku takut nasib aku tak terbela ‘’

‘’Kadangkala kau kena yakin dan percaya . Kejuuran akan datang kepada mereka yang benar . Kejujuran tidak perlu diucapkan . Diluahkan . Disampaikan . Kejujuran itu sendiri adalah kebenaran . Yang benar tetap benar dan yang salah kekal salah .’’

‘’Tetapi ia hanya sepucuk surat ....’’

‘’Kalau ia hanya sepucuk surat bagimu , kenapa kau begitu memikrkannya ? Sudahlah . Berhentilah berfikir dan berangan – angan yang bukan bukan . Jangan mengadaikan hari esok yang masih di alam ghaibnya . Kau masih berada di hari ini bukan . Jalani sewajarnya meskipun tanpa sahabatmu’’

‘’Tetapi aku terlalu ingin dia mendengar suara hatiku . Aku ingin dia tahu bahawa aku masih menjadi sahabatnya ‘’

‘’Semua telah kau lakukan . Semua telah kau usahakan . Kenapa kau perlu lagi mengeruhkan keadaan? Biarkan sahaja dahulu . Kesabaran adalah sebahagian daripada keimanan . Keimanan adalah sebuah tuntutan . Yakinlah bahawa tuhan itu satu!’’

‘’Jika kau tidak membenarkan aku mengirimkan sepucuk surat , biarlah aku mengetuk pintunya ‘’

‘’Untuk apa jika dia tidak membalasnya ? Bukankah kau akan lebih kecewa? Setiap sesuatu perkara mempunyai limitnya .  Lepaskanlah kiranya kita ketahui limitnya sudah sampai . Ada masanya diam adalah lebih baik daripada berkata kata. Kadangkala diam itu lebih baik daripada kau merusuhkan jiwamu membabi buta . Dia tahu kau adalah sahabatnya . Berikan dia masa’’

Sungguh unik hati manusia . Seruntun apa pun , namun masih utuh kerana memegang kepada kenangan dan kegembiraan yang pernah dilalui bersama . Itu lebih penting dari segalanya .

‘’Sudah tiba masanya aku melepaskan dia pergi . Jalani kehidupan ini sendirian tanpanya . Aku adalah sahabatnya . Aku tidak perlu khuatir karana aku akan sentiasa disitu disaat dia memerlukan .

Yakinlah apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan . Yakinlah dalam setiap kesulitan pasti datang kemudahan. Surat itu masih disitu .

Berhenti Berharap

publish at 1:29 AM

“Jika sudah diketahui mustahilnya
Dan hampir segala usaha
telah dilakukan terhadapnya
tiada hasil, maka
berhentilah berharap”

Pernakah anda menaruh harapan pada sesuatu atau pada seseorang dengan sedalamnya namun akhirnya tidak tahu apakah erti harapan anda itu? Rasa tidak sabar , cemas, curiga, sayang, ingin, benci bercampur baur sehinggakan kita sukar untuk membezakan apakah sebenarnya ‘berharap’.
            Ada orang pernah berkata, jika berharap janganlah setinggi langit jika kita tahu kemampuan kita hanyalah serendah gunung . Namun ada juga yang memberitahu, biar berharap setinggi gunung kerana siapa tahu kelak kita mampu mencapai langit .
            Harapan yang berlandaskan kebenaran dan kesungguhan bagi sesetengah orang adalah sesuatu yang indah. Mengharapkan kebaikan. Mengharapkan perubahan. Mengharapkan kecermalan . Semua itu mendorong kepada keazaman dan usaha untuk mencapainya .
            Tetapi apabila usaha yang diberikan telah melebihi 100% dan harapan yang didukung akhirnya hanya tinggal harapan , timbul pula rasa kekecewaan yang amat sanagt. Sehingga akhirnya kita mempersoalkan semula untuk apa kita berharap?
            Sukar untuk menyatakan cukup kepada sesuatu yang kita lakukan lebih lebih lagi jika kita begitu mengharapkannya. Kita berharap dapat memperbaiki hubungan yang telah retak . Kita melakukan hampir apa sahaja untuk mempertahankannnya . Realiti dan logik kita tolak ketepi kerana kita masih berharap kita dapat mengubahnya .
            Kita berharap seseorang yang kita kenali berubah. Tinggalkan perkara tidak baik. Kembali kepada diri kita sendiri dan keluarga . Kembali kepada agama. Kita usaha. Kita lakukan semuanya. Kita marah. Kita benci. Kita meninggi suara . Kita dendam. Tetapi penghujungnya , kita masih juga berharap kerana dihati kita masih ada perasaan sayang dan harapanlah satu satunya peluang untuk kita terus menyayangi .
Kita juga suka meletakkan harapan tinggi kepada sesuatu yang telah diketahui mustahil. Kita sandarkan harapan kepada perkara yang tidak pasti kerana kita benar benar menginginkannya . Lebih sukar sesuatu itu , maka lebih berharaplah kita . Dan inilah yang bakal membuatkan kita benar benar kecewa .
Terkonkong dengan pengharapan yang tidak pasti dan tiada noktahnya hanya akan membuat kita semakin terluka dan memudaratkan keputusan serta logik akal kita .
Sehinggakan kita terdorong melakukan kesalahan , melakukan kemungkaran , melakukan keburukan , maka ia bukanlah suatu pengharapan yang baik.
Katakan cukup sekiranya kita tahu dan yakin ia telah mencukupi . Mungkin ada hikmahnya berlaku perkara itu dan sebalik berharap yang tidak pasti, adalah lebih baik memikirkan apa yang dapat dilakukan .
Namun jika kekusutan , kekecewaan dan kekeliruan yang kita dapat daripada pengharapan yang telah lama kita pegang , maka berilah noktah kepadanaya. Masanya sudah tiba untuk anda melupakan dan beralihlah kepada perkara lain . Kehidupan ada pasang surut dan pengharapan juga perlu ada mula dan penamat.
Nukilan Saudari,
Ani Nadila Yuof
dipetik dari majalah Fokus SPM Mac 2011

Saturday, October 1, 2011

Cara Mudah Belajar Saat Akhir !

publish at 11:58 PM
" Alamak! minggu depan periksa ?!!" Hah! apa lagi, jom study, tapi nak belajar saat akhir ? macam mana ya ? Ok, sini ada beberapa tip nak belajar saat akhir.


1. Fokus pada bab yang penting
Belajar saat akhir memang stress, dan bagi mengurangkan rasa stress ini kita boleh memberikan tumpuan yang lebih pada bab yang kita rasakan sangat berat dan sukar kita ikuti. Fokus pada isi-isi penting dan buat semula kertas-kertas soalan tahun-tahun sebelumnya.

2. Hapuskan tabiat suka tidur!
Kebanyakkan pelajar suka mengisi masa lapang dengan tidur. Walaupun masa tidur merupakan masa rehat yang paling baik, pastikan kita tidak terlebih tidur. Bagi mengelakkan perkara ini, kita mestilah menyediakan jadual masa tidur yang lebih teratur. Kalau ada jam loceng juga bagus supaya kita kita akan terjaga pada waktu yang telah kita tetapkan.

3. Rehat yang secukupnya
Jangan asyik belajar pula, badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya kerana otak kita tidak bolaeh bekerja dalam masa 24 jam. Ambil sedikit masa bagi merehatkan diri dengan menghirup udara di luar bilik atau rumah, mendengar radio ataupun menonton televisyen. Sekiranya kita sudah rasa lega, barulah kita menyambung semula ulang kaji tersebut.

4. Pengurusan masa itu penting
Sebagai pelajar, kita mestilah tahu pengurusan masa yang konsisten. Mempunyai jadual belajar amat membantu. Senaraikan kesemua mata pelajaran yang kita ambil dan bahagikan sebaik-baiknya masa yang diperlukan untuk sesuatu subjek tersebut.

5. Nota ringkas , peta minda
Tidak sempat rasanya jika kita hendak membaca keseluruhan sesuatu bab bagi sesuatu subjek itu. Jadi, nota ringkas ataupun peta minda amatlah membantu. Nota ringkas atau peta minda ini mestilah padat dengan segala isi-isi yang kita rasa penting. Jangan disebabkan namanya 'nota ringkas' , kita pun buat seringkas yang mungkin. Boleh buat seringkas mungkin, tapi mestilah ada isinya ya!

6. Penggunaan pen berwarna
Buatkan ulang kaji kita lebih menarik dengan menggunakan pen berwarna ataupun 'highlighting pen' berwarna. Gariskan setiap perkara penting dengan warna yang berlainan mengikut kegemaran kita untuk memudahkan mata kita melihatnya. Tip ini bukan sahaja berguna, malah akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk mengulang kaji pelajaran.

7. Tenangkan diri dan jangan panik
Oh tidak! masa sudah terlalu suntuk untuk mengulangkaji pelajaran. Pada ketika ini, kita seperti ingin menjerit sekuat hati dan adakalanya terburu-buru mencari tajuk-tajuk yang belum kita sudahkan. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih tertekan dan hilang semua yang telah kita baca sebentar tadi. Jadi, pastikan kamu tidak panik. Seelok-eloknya, bahagikan subjek-subjek itu mengikut tahap dari yang paling sukar kepada yang lebih mudah. 



Itulah antara tip yang berguna. Tapi, sebaik-baiknya elakkan mengulang kaji saat akhir ya! Bukan apa, mengulang kaji saat akhir akan membuatkan kita berasa tertekan dan tak terurus, lebih-lebih lagi bagi yang akan menghadapi Peperikasaan Akhir Tahun. Bukankah semua bab yang kena baca ?



Sumber : Majalah Remaja , Edisi 15 Sept 2011 

5 TIP kembali YAKIN & POSITIF

publish at 10:36 PM
5 TIP KEMBALI YAKIN DAN POSITIF


1. Simpan Matlamat Harian Anda

Setiap hari apabila bangun tidur, kita mestilah mempunyai matlamat apa yang ingin kita lakukan pada hari tersebut. Senarai to-do-list amat membantu. Senarai ini mestilah mempunyai segala perkara yang kita ingin lakukan apabila bangun tidur nanti. Ini akan membantu kita untuk memulakan hari kita dengan yakin dan tenang. Selain itu, dengan setiap tugasan yang berjaya kita lakukan sama ada kita sedar ataupun tidak, kita telah meningkatkan lagi keyakinan diri kita. Senaraikan matlamat yang mampu dicapai sahaja dalam sesuatu masa! Jangan gelojoh, takut nanti kita tidak mampu untuk mengejarnya.

2. Bergaul Dengan Rakan Yang Lain

Jangan jadi kera sumbang! Sebagai pelajar, ada antara kita yang tidak suka bercampur dengan rakan pelajar yang lain dan hanya membuat hal sendiri. Ini bukan sahaja akan membuat kita tidak disenangi, malah boleh menjatuhkan keyakinan diri lebih-lebih lagi ketika kamu berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat dan rakan-rakan, kita boleh meningkatkan sosial skil kita dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.

3. Dapatkan Hobi Atau Pelajari Skil Baru

Apabila kita mempunyai hobi atau mempelajari skil baru, tentu sekali kita akan berasa seronok atau teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan diri, tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama!

4. Membaca Dan Menuntut Ilmu

Tip ini dapat memberikan kita keyakinan apabila kita bercakap. Banyakkan membaca bagi membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang yang mempunyaipelbagai kepakaran. Dengan banyak membaca juga, kita memperoleh "modal" dalam memulakan perbualan ataupun berbicara dengan seseorang yang tidak kita kenali. Tip ini sesuai bagi sesiapa yang ingin berpidato!

5. Bersenam Dan Mengamalkan Hidup Sihat

Sama ada kita percaya atau tidak, bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri, bukan sahaja dari segi penampilan, malah secara dalaman. Tahukah anda ? Apabila kita bersenam, kita kan mengeluarkan hormon testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan berada di dalam keadaan positif. Tambahan pula, bukankah senaman dapat menyihatkan tubuh badan dan memberikan kita tenaga dalam melakukan aktiviti seharian ? 




Sumber : Majalah Remaja , Edisi 15 Sept 2011






 

Secangkir Kopi Berkongsi Cerita Copyright © 2011